World Template

In The News

DUBAI, 26 Okt (Bernama) -- Pengeksport makanan laut Malaysia Ambang Wibawa Sdn Bhd mensasarkan jualan bernilai RM6 juta tahun ini dan antara RM10 juta hingga RM12 juta untuk tahun 2011, kata pengarahnya Murkhalis Mokhtar.

Beliau berkata kilang syarikat di Kampar, Perak, pada masa ini menghasilkan purata 200 tonne produk ikan beku sebulan dan bergerak ke arah mencapai 300 tonne sebulan pada tahun 2011.

"Sejumlah 90 peratus daripada produk kami ialah untuk pasaran Timur tengah sementara 10 peratus lagi dijual di dalam negara," kata beliau kepada Bernama di luar acara Ekspo Makanan Laut Dubai 2010 di sini.

Ambang Wibawa ialah antara enam syarikat yang mengambil bahagian dalam pameran di bawah payung Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Menurut Murkhalis, syarikat beliau kini mengeksport ikan rohu dan patin selain daripada tilapia dan ikan susu.

"Kami berhasrat untuk mengeluar dan mengeksport lebih banyak produk ikan masin dan salai pada tahun 2011," kata beliau.

Beliau berkata yang produk-produk seumpama itu akan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan komuniti Asia yang tinggal di seberang laut, termasuklah tempat-tempat seperti di Dubai.

Murkhalis juga berkata yang syarikat turut mendapat banyak pertanyaan untuk produk ikan masinnya dari beberapa pelawat perniagaan di pameran makanan laut Dubai.

"Saya gembira yang kami kini telahpun mempunyai pelanggan tetap di rantau ini hasil daripada penyertaan berterusan kami dalam pameran perdagangan berkaitan di Dubai sejak lima tahun lepas.

"Tetapi kini berhasrat untuk meninjau pasaran baru dan itu sebabnya kami akan ke Korea Selatan bulan depan untuk mengambil bahagian dalam pameran makanan laut di Busan," kata beliau.

-- BERNAMA

Ambang Wibawa Strives To Meet Mideast Demand
DUBAI, Feb 26 (Bernama) -- Export-oriented seafood processing company Ambang Wibawa Sdn Bhd is developing a 100-hectare fish farm in Perak to ensure a steady supply of products for customers,..

Ambang Wibawa Sdn Bhd.
We are export oriented seafood processing companybased in Perak. We are looking for candidates to fulfill the job vacancy in our new factory in Kampar, Perak. The candidates should have the interest to go through HACCP and ISO program which are currently being implemented in the company.

Ambang Wibawa Sasar Keluar 300 Tan Produk Makanan Laut Pada 2011
Oleh Muin Abdul Majid
DUBAI, 13 Okt (Bernama) -- Ambang Wibawa Sdn Bhd, dari Perak, menetapkan sasaran menghasilkan 300 tan makanan laut sebulan mulai 2011, dan kini dalam proses untuk menambah 80 hektar kolam ikan untuk mencapai sasaran berkenaan.

Article: MALAYSIAN SEAFOOD SUPPLIERS RAKE UP DEALS IN DUBAI EXPO.
DUBAI, Nov 10 Asia Pulse - Six Malaysian companies which took part in the Dubai Seafood Expo 2009 here recently recorded an estimated US$4.9 million in confirmed and potential sales.

Article: MIDEAST A GOOD BET FOR MALAYSIAN SEAFOOD PRODUCTS, SAYS OFFICIAL.
DUBAI, Oct 13 Asia Pulse - Malaysian seafood producers have been urged to improve their operations and look further afield for growth, including the Middle East market.
The Fisheries Development Authority of Malaysia (LKIM) director-general Mustafa Ahmad said the region offered vast potential for Malaysian-made seafood products.